KATA GANTI NAMA DIRI
Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
Ganti nama diri pertama
Ganti nama diri kedua
Ganti nama diri ketiga
Ganti nama diri yang pertama
Saya, Aku - ganti nama bagi menggambarkn diri sendiri.
Contoh:
1. "Saya adalah pelajar tahun satu." kata Adam.
2. "Aku suka makan ayam goreng." kata Upin.
3. "Saya belajar Bahasa Melayu di dalam kelas Cikgu Normadiah." kata Khairi.
Contoh:
1. "Tahniah! Anda telah ditawarkan menjadi pelajar tahun satu." kata Cikgu Ani kepada Izzat.
2. "Adakah pensil ini kepunyaan kamu?" tanya Iman kepada Zali.
3. "Awak berasal dari mana?" kata Khairi kepada Mahadi.
Ganti nama diri ketiga
Mereka, Kami - ganti nama bagi menunjukkan bilangan yang ramai.
Contoh:
1. "Mereka akan pergi ke Kuantan hari esok." kata Dini kepada Arifah.
2. "Mahukah kamu masuk kumpulan kami?" tanya Maisarah kepada Aswad.
3. "Kami tidak akan berputus asa." kata Halijah kepada Cikgu Syida.






