Pages

Tuesday, 27 March 2012

Kata Ganti Nama

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

    Ganti nama diri pertama
Ganti nama diri kedua
Ganti nama diri ketiga

Ganti nama diri yang pertama

Saya, Aku - ganti nama bagi menggambarkn diri sendiri.

Contoh:
1.   "Saya adalah pelajar tahun satu." kata Adam.
2.   "Aku suka makan ayam goreng." kata Upin.
3.   "Saya belajar Bahasa Melayu di dalam kelas Cikgu Normadiah." kata Khairi.

Ganti nama diri kedua

Anda, Kamu, Awak - ganti nama bagi menunjukkan orang kedua.


Contoh:
1.   "Tahniah! Anda telah ditawarkan menjadi pelajar tahun satu." kata Cikgu Ani kepada Izzat.
2.   "Adakah pensil ini kepunyaan kamu?" tanya Iman kepada Zali.
3.   "Awak berasal dari mana?" kata Khairi kepada Mahadi.

Ganti nama diri ketiga

Mereka, Kami - ganti nama bagi menunjukkan bilangan yang ramai.

Contoh:
1.   "Mereka akan pergi ke Kuantan hari esok." kata Dini kepada Arifah.
2.   "Mahukah kamu masuk kumpulan kami?" tanya Maisarah kepada Aswad.
3.   "Kami tidak akan berputus asa." kata Halijah kepada Cikgu Syida.

Saturday, 17 March 2012

Mutiara Kata 2

kredit: Google
"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir."

Thursday, 8 March 2012

Karnival Kemerdekaan


Pada Karnival Kemerdekaan yang lepas, terdapat beberapa aktiviti yang telah berlangsung seperti pertandingan mewarna bendera Malaysia dan pertandingan bercerita atau sajak bagi pelajar tahun 1. Motif karnival adalah untuk mencungkil bakat para pelajar tahun satu dan melatih mereka supaya tampil yakin dan semangat cintakan negara.

PERTANDINGAN MEWARNA




PERTANDINGAN BERCERITA DAN SAJAK




Sambutan pada karnival itu sangat menggalakkan. Para guru dan pelajar telah bertungkus lumus menjayakan  dan mengambil bahagian di dalam setiap acara yang dianjurkan. Tahniah diucapkan kepda pelajar yang menang.

Wednesday, 7 March 2012

Mutiara Kata 1

kredit: Google
"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, 
dan keutamaan hati ialah keberanian."